Popular Posts

Sunday 13 May 2012

AKU SAYANG KAMU

Mak..  
Aku minta maaf 
Aku bukan seorang anak yang baik
Hatimu selalu kusakiti
Namun aku ingin kau tahu
Itu bukan niatku

Mak..
Kita manusia yang tidak sempurna
Kita sering saja melakukan kesilapan  
Jangan kita menunding jari kepada sesiapa
Sebaliknya belajarlah untuk memaafkan

Mak..
Aku tahu kau tidak sebahagia wanita lain
Hidup yang kau jalani tidak seperti yang kau impikan
Tapi fahamilah itu juga bukan apa yang dia impikan
Lihatlah dia dengan mata hatimu..
Belajarlah untuk menyayanginya semula
Kerana dia juga masih mencintaimu

Mak..
Aku rindukan keluarga kita yang dulu
Aku mahu kembali lagi  kesaat itu
Walaupun waktu itu
Kita hidup dalam keadaan yang serba sederhana
Tapi kita bahagia

Mak..
Entah dimana silapnya
kini semuanya sudah berubah
Hatimu seolah sudah tawar dengannya
Apakah tidak ada lagi kasihmu untuknya

Mak..
Kerana aku menyayangimu
Aku menegur sikapmu
Tidak terniat langsung
Untukku membandingbezakan
Antara kau dengan dirinya
Kerana kamu berdua 
Insan kesayanganku

Mak..
Mengapa kau sering merasakan 
Aku tidak menyayangimu
Walaupun aku tidak pernah
Menzahirkannya dengan kata-kata
Tapi ketahuilah
Nyawaku sendiri pun
Tidak dapat menjadi galang ganti
Untuk menunjukkan betapa besarnya 
Sayang dan cintaku padamu

Mak..
Kalaulah hanya satu sahaja doa 
Yang boleh aku pinta
Aku akan minta supaya Tuhan
Panjangkan umur Mak dan Abah

Mak..
Walaupunku caraku  menyayangimu berbeza
Tapi kasih sayangku terlalu besar untukmu
Aku mahu kau bahagia
Bukalah pintu hatimu 
untuk kembali dicinta dan mencintai
nescaya
 kau akan menjadi wanita yang paling bahagia

AKU TERLALU MENYAYANGIMU 


 





No comments:

Post a Comment