Popular Posts

Friday 11 May 2012

TENTANG AKU

Assalamualaikum and salam sejahtera..
Firstly, aku bersyukur sangat2 kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kekuatan dan kesabaran untuk melewati saat-saat getir dalam diari hidupku beberapa bulan kebelakangan ini.Sesungguhnya dugaan yang KAU berikan ini amat berat untuk aku tempuhi. Mungkin ia tidak sehebat ujian yang kau berikan pada hamba2MU yang lain, tetapi dugaan yang sedikit ini kadang kala melemahkan semangatku. Sering kali aku bisikkan dihati kecilku bahawa aku redha dengan semua ujian yang kau berikan, kerana aku yakin pasti ada sesuatu yang lebih baik menanatiku dihadapan. Tapi benar-benar ikhlaskah hatiku redha dengan semua ini??Kalau betul aku redha, kenapa masih terpalit dihati kecilku untuk mempersoalkan semua ini?Dan kalau aku benar2 redha, kenapa aku masih mengeluh dan merintih?Ataupun redha itu hanya dibibirku tapi tidak didasar hatiku..

Terima kasih YA ALLAH kerana kau telah menganugerahkan aku sekeping hati yang cukup kuat dan tabah untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang mungkin tidak seindah teman2ku yang lain.Luka dihatiku ini tiada siapapun yang tahu kerana mereka tidak berada ditempatku.Seringkali aku menangis dan memujuk hatiku sendiri.Pedih hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.Ingin sekali aku meluahkan rasa hati ini,tapi pada siapa?Dan bersediakan aku untuk berkongsi kisah hidupku dengan insan lain?Entahlah aku pun tak pasti....

Urm,bab2 luahan hati berakhir disini. Sekarang aku nak citer yang hepi2 pulak. Ni pasal someone yang aku minat. Frankly speaking, sekarang ni aku ade bekenan kat sorg budak lelaki kat tempat aku belajar, nama dia MR.AF..hehe.Sebenarnye baru jer aku bekenan kat dia ni.sebelum ni tak pernah perasan pun tentang kewujudan budak ni.Tetiba jer muncul. Tapi masalahnye sekarang dia tak kenal aku pn, aku yang gila bayang sorang2. kalau difikirkan secara logik takkan la aku nak mengorat dia kan, nanti orang ckp perigi cari timba pulak. Ntah2 dia pn dah ade makwe, taknak la aku merisikokan diri aku ni. Lagipun orang macam dia mesti tak pandang perempuan macam aku ni, taste dia mesti la yang hot2 je kan. Tapi takpe la dapat tengok dia dari jauh pun dah cukup ok,hehe..semoga kau sembuhkan penyakit gila bayangku ni Ya Allah..sedarkanlah aku daripada mimpi-mimpi ini...

Itu citer pasal someone yang aku minat, ini pulak citer pasal someone yang cukup memeningkan dan mengusutkan fikiran aku. aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjerumus dengan mamat yang betol-betol 2 tak faham bahasa melayu ni.Dah la aku tengah kusut sekarang ni, mamat ni plak menambahkan lagi kekusutan kat kepala otak aku ni. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dengan budak sorang ni.pening kepala aku kalau orang tua perangai macam budak2 ni. Apepun aku nak ucapkan terima kasih juga kat mamat ni sebab menjadi teman yang sudi berkongsi cerita, membuat lawak2 bodoh, dan menghiburkan aku (kadang-kadang jer la)disaat aku kesepian.

 Erm rasenye macam dah panjang sangat jer entry aku kali ni, sebelum aku terus mengarut, lebih baik aku stop kat sini dlu..Sesungguhnya yang buruk itu kelemahan saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Wassalam.





No comments:

Post a Comment