Popular Posts

Saturday 19 January 2013

last day at UTC Melaka

First of all Asslamualaikum..

Sedar tak sedar hari ni da last day kot kt Melaka.Tapi aku pun tak tahu kenapa,sekarang ni dihari terakhir aku kat melaka ni,boleh plak aku lepak kt library UTC...WHATTTT!!!. I still don't believe it even though rite now, i am here updating my blog wit UTC PC OKEYY!!!(don't be surprise)...

Actually sepatutnye pagi ni aku da OTW untuk balik ke rumah aku kt Kelantan..Tp bcoz of unexpected thing that happen terpaksa la jadual perjalanan balik aku dirombak and new proposal about my journey home should be redesign (what a pity, huhu).

Pagi tadi bukak jer mata terus teringat nak kol abah aku coz dorang (abah and abang) aku da bertolak dari semalam lagi tuk ambik aku kat melaka ni since da last sem, so banyak la barang nak wt balik umah (biase balik naek bas jer). Pastu bila abah dah pick up die punya phone, macam biase la aku berbasi basa dulu, then aku tanya die kat mane sekarang coz kalau ikut perkiraan aku masa aku kol tu maybe die da dekat nak sampai melaka dah, tapi dengan nada sedihnye, abah aku cakap dorang stuck kt Terengganu coz tayar kete abang aku pecah.Tayar kete tu sebenarnye da pecah semalam tp malam-malam kan kedai tutup so terpaksa la delay perjalanan dorang sampai la ker pagi ni coz nak tunggu kedai repair kete tu bukak dulu.Naseb baek la tempat tu dekat ngan umah sewa abang aku. Kire dorang bermalam kat sane jela. So itulah kisahnya yang buat everything mess up.

The story kenape plak aku bleh lepak kt UTC ni, jawapannye simple jer:

1)sebab sume kawan2 aku da balik kampung masing2.
2)Kawan2 yang xbalik lagi ade paper esok.

Dan the reason kenapa aku update blog ni coz aku boring sebab sume orang tengah study and aku sorang jer yang xde keje. Lepas ni aku nak g round satu bangunan UTC ni coz nak hilangkan bosan yang teramat sangat ni..ok guys i am better stop here..on the next entry i'll update about my parctical stories..BYE!!!

Monday 3 December 2012

Bola ohh bola

Assalamualaikum kepada semua warga kota...
Dipagi hari yang mulia lagi indah ni,tetibe jer saye dengan bangganya rase nak mengupdate blog ni semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan saya harimau malaya yang sedang berjuang untuk mempertahankan kejuaraan AFF SUZUKI 2 tahun yang lepas....

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada boyfriend2 saye kerana telah berjaya menempah tempat untuk beraksi  diperingkat separuh akhir AFF SUZUKI menentang pasukan Thailand.
Tahniah daripada kami rakyat Malaysia
  Tapi perkara yang paling membanggakan saya adalah apabila hero2 saya berjaya menewaskan pasukan indonesia@musuh ketat kite. Dua kosong lagi kot, memang hebatlah team Harimau Malaya ni. Tengoklah video kat bawah ni . Detik2 indon dikalahkan. Keeper Indon tewas akhirnya. Sorry Indon.


Gol yang melayakkan Malaysia ke Separuh akhir

Apepun kite tak boleh berbangga dulu coz perjalanan AFF SUZUKI ni still lg panjang. Thailand pn bukan calang2 team. Peluang untuk Malaysia menang still ade yang penting kita sebagai penyokong kenalah bagi sokongan yang padu pada team Malaysia tak kiralah diorang menang or kalah dalam match 2 nanti. Janganlah masa kalah kita kutuk" kawkaw" tp mase menang kita yang lebih2 bersorak. Dengan kata lain, "kalau kita tak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang." Ni tak, mase team Malaysia kalah, siap masuk youtube lagi kutuk-kutuk Rajagobal, sekarang bile dah menang terhegeh-hegeh plak nak sokong, wt malu jer...

K lah da tibe masenye untuk Saye beradu, esok pagi2 lagi da ade kelas.( Dengan harap bgun pagi esok ade hamba Allah hantar mesej mengatakan kelas cancel). Tapi sebelum saye berundur, dengan dukacitanya saye mengumumkan tidak dapat menyaksikan separuh akhir pertama malaysia vs Thailand pada 9 Dec ni coz bertindih dengan presentation n test!!!


WAAAAAAA sedihnye!!!!!!!



Wednesday 3 October 2012

Sabarlah duhai hati

      Firstly,aku memang tak tahu nak mulakan dari mana since da lame aku xmerajinkan diri untuk mengupdate blog ni. Recently banyak sangat benda yang mengganggu fikiran aku.Kalau ikutkan hati aku,memang aku tak nak fikir semua masalah ni.Tapi makin aku pendam makin sakit hati ni.Dari luar everything nampak ok jer,tapi dalam ni tuhan jer yang tahu.
      Bermula dengan masalah yang paling remeh sampai la ke masalah yang paling besar semuanya bergabung untuk menghancur luluhkan hati, perasaan , jiwa dan raga aku.Bukannye nak menyalahkan sesiapa,tapi kadang-kadang rasa kesal dengan keadaan sekeliling.Kadang-kadang rasa macam nk give up jer,tp itu bukan aku sebab sekali aku melangkah aku takkan berundur walaupun langkahan ni terlalu lemah, tp aku pasti akan teruskan hingga ke garisan penamat.
           Aku tahu semua ni hanya ujian untuk aku..sabarlah duhai hati,bersabar untuk sekejap jer lagi.Kalau sebelum ni kau boleh bersabar dengan dugaan yang lagi berat,kenapa sekarang tak boleh?Tolonglah jangan lemah..Tuhan sedang menguji orang yang dia sayang,kau sepatutnya bersyukur sebab kau termasuk dalam golongan orang-orang yang dipilih untuk diujiNya.
             Aku bukannye nak merungut tapi sekadar nak meluahkan rasa hati.Kadang-kadang rasa letih sangat bila kita hidup dalam kepura-puraan ni.Mungkin kita boleh tipu orang lain,tapi macamana kita berlagak selamber sekalipun,kita takkan boleh tipu diri kita sendiri.Tu memang betol tp terpulang pada diri kita jugak macamana kita nak handle perasaan kita tu.Kalau positif pemikiran kita,maka positiflah penyelesaiannya.Bagi aku senang jer,aku hanya akan fikir pada benda yang aku betol2 perlu fikir,lagipun buat ape nak menyemakkan kepala dengan benda2 remeh kan?..
         Malam ni aku nak keluar tengok wayang wit my friends..hopefully aku akan lupa sekejap beban kt kepala ni..and sebelum aku terlupa,kepada MR.AF tahniah sebab awak berjaya buat saya angau kat awk..dan selamat tinggal sebab sy takkan jd peminat misteri awk lagi,penantian saya untuk orang yang tak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan saya berakhir disini.Sy tak tahu kenapa tp perasaan sy pd awk kuat sgt walaupun sy tak pernah kenal pn siapa awk..tp sy taknak terus mengharap sebab sy tahu sy tak mungkin dapat memiliki awak.So bermula saat dan detik ini, sy akan lepaskan awak dari hati dan pemikiran saya.Kalau awak ditakdirkan untuk sy,kita akan jmpa lagi suatu hari nanti,tp kalau awk bukan untuk sy,sy redha dan mungkin DIA sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk sy.....  
                   
              
             


           

Sunday 13 May 2012

AKU SAYANG KAMU

Mak..  
Aku minta maaf 
Aku bukan seorang anak yang baik
Hatimu selalu kusakiti
Namun aku ingin kau tahu
Itu bukan niatku

Mak..
Kita manusia yang tidak sempurna
Kita sering saja melakukan kesilapan  
Jangan kita menunding jari kepada sesiapa
Sebaliknya belajarlah untuk memaafkan

Mak..
Aku tahu kau tidak sebahagia wanita lain
Hidup yang kau jalani tidak seperti yang kau impikan
Tapi fahamilah itu juga bukan apa yang dia impikan
Lihatlah dia dengan mata hatimu..
Belajarlah untuk menyayanginya semula
Kerana dia juga masih mencintaimu

Mak..
Aku rindukan keluarga kita yang dulu
Aku mahu kembali lagi  kesaat itu
Walaupun waktu itu
Kita hidup dalam keadaan yang serba sederhana
Tapi kita bahagia

Mak..
Entah dimana silapnya
kini semuanya sudah berubah
Hatimu seolah sudah tawar dengannya
Apakah tidak ada lagi kasihmu untuknya

Mak..
Kerana aku menyayangimu
Aku menegur sikapmu
Tidak terniat langsung
Untukku membandingbezakan
Antara kau dengan dirinya
Kerana kamu berdua 
Insan kesayanganku

Mak..
Mengapa kau sering merasakan 
Aku tidak menyayangimu
Walaupun aku tidak pernah
Menzahirkannya dengan kata-kata
Tapi ketahuilah
Nyawaku sendiri pun
Tidak dapat menjadi galang ganti
Untuk menunjukkan betapa besarnya 
Sayang dan cintaku padamu

Mak..
Kalaulah hanya satu sahaja doa 
Yang boleh aku pinta
Aku akan minta supaya Tuhan
Panjangkan umur Mak dan Abah

Mak..
Walaupunku caraku  menyayangimu berbeza
Tapi kasih sayangku terlalu besar untukmu
Aku mahu kau bahagia
Bukalah pintu hatimu 
untuk kembali dicinta dan mencintai
nescaya
 kau akan menjadi wanita yang paling bahagia

AKU TERLALU MENYAYANGIMU 


 





Friday 11 May 2012

TENTANG AKU

Assalamualaikum and salam sejahtera..
Firstly, aku bersyukur sangat2 kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kekuatan dan kesabaran untuk melewati saat-saat getir dalam diari hidupku beberapa bulan kebelakangan ini.Sesungguhnya dugaan yang KAU berikan ini amat berat untuk aku tempuhi. Mungkin ia tidak sehebat ujian yang kau berikan pada hamba2MU yang lain, tetapi dugaan yang sedikit ini kadang kala melemahkan semangatku. Sering kali aku bisikkan dihati kecilku bahawa aku redha dengan semua ujian yang kau berikan, kerana aku yakin pasti ada sesuatu yang lebih baik menanatiku dihadapan. Tapi benar-benar ikhlaskah hatiku redha dengan semua ini??Kalau betul aku redha, kenapa masih terpalit dihati kecilku untuk mempersoalkan semua ini?Dan kalau aku benar2 redha, kenapa aku masih mengeluh dan merintih?Ataupun redha itu hanya dibibirku tapi tidak didasar hatiku..

Terima kasih YA ALLAH kerana kau telah menganugerahkan aku sekeping hati yang cukup kuat dan tabah untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang mungkin tidak seindah teman2ku yang lain.Luka dihatiku ini tiada siapapun yang tahu kerana mereka tidak berada ditempatku.Seringkali aku menangis dan memujuk hatiku sendiri.Pedih hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.Ingin sekali aku meluahkan rasa hati ini,tapi pada siapa?Dan bersediakan aku untuk berkongsi kisah hidupku dengan insan lain?Entahlah aku pun tak pasti....

Urm,bab2 luahan hati berakhir disini. Sekarang aku nak citer yang hepi2 pulak. Ni pasal someone yang aku minat. Frankly speaking, sekarang ni aku ade bekenan kat sorg budak lelaki kat tempat aku belajar, nama dia MR.AF..hehe.Sebenarnye baru jer aku bekenan kat dia ni.sebelum ni tak pernah perasan pun tentang kewujudan budak ni.Tetiba jer muncul. Tapi masalahnye sekarang dia tak kenal aku pn, aku yang gila bayang sorang2. kalau difikirkan secara logik takkan la aku nak mengorat dia kan, nanti orang ckp perigi cari timba pulak. Ntah2 dia pn dah ade makwe, taknak la aku merisikokan diri aku ni. Lagipun orang macam dia mesti tak pandang perempuan macam aku ni, taste dia mesti la yang hot2 je kan. Tapi takpe la dapat tengok dia dari jauh pun dah cukup ok,hehe..semoga kau sembuhkan penyakit gila bayangku ni Ya Allah..sedarkanlah aku daripada mimpi-mimpi ini...

Itu citer pasal someone yang aku minat, ini pulak citer pasal someone yang cukup memeningkan dan mengusutkan fikiran aku. aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjerumus dengan mamat yang betol-betol 2 tak faham bahasa melayu ni.Dah la aku tengah kusut sekarang ni, mamat ni plak menambahkan lagi kekusutan kat kepala otak aku ni. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dengan budak sorang ni.pening kepala aku kalau orang tua perangai macam budak2 ni. Apepun aku nak ucapkan terima kasih juga kat mamat ni sebab menjadi teman yang sudi berkongsi cerita, membuat lawak2 bodoh, dan menghiburkan aku (kadang-kadang jer la)disaat aku kesepian.

 Erm rasenye macam dah panjang sangat jer entry aku kali ni, sebelum aku terus mengarut, lebih baik aku stop kat sini dlu..Sesungguhnya yang buruk itu kelemahan saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Wassalam.





Monday 30 January 2012

Kosong...

Wah da lme rsenye aku xupdate aku pnya entry...bizi gler kot klas siang mlam,mmg xde msa langsung nk rest,hopefully sem dpn klas xla spadat sem ni... 

  Actually skrg ni tgah cuti sem,boring plak rse bla da lme dk kt umh ni(gedik kn msa byk kje merungut,msa xde keje pn mrungut).Ni la namenye manusia, xpenah bersyukur dgn ape yg ade,huhu...bla byk msa terluang ni byk plak yg aku fkir,tetibe jer aku rse hidup aku ni kosong jer..just blank.
 
        
Mcm dlm gambar ni,gelap n suram jer...jiwa aku kosong sgt.Aku xska perasaan ni.Perasaan yg sentiasa buat aku resah dan gelisah.Rase tkut yg aku sendiri xtau dari mne perasaan 2 dtg...i really hate this feeling and i'm not pleasure u to come to my heart...PLEASE GO!!!
  
Bla aku fkir2 blik,aku rse aku thu knape aku rse cmni...rse kosong,rse resah gelisah,rse tkut xtentu psal..sbenarnye jiwa aku kosong sbb aku abaikan jiwa aku,aku xjage die btol2,aku lalai n hanyut dgn godaan dunia n janji2 manis syaitan yg xpenah ptus asa utk myesatkn anak Adam,terutamanya yg lemah n nipis imannya mcam aku..

kadang2 aku rse dkat sgt dgn Allah,kadang2 jgk aku rse jauh sgt dgn Allah...Aku dkat dgn Allah bla aku dlm kesusahan or nk kn something dari DIA dan aku jauh dgn Allah bla aku happy n bla aku da dpt ape yg aku nk...urmm,teringat plak aku lirik lagu ost ombak rindu nyanyian Hafiz and Adira.."Tuhan aku tahu bnyak dosaku,hanya ingat kamu kala dukaku"

Aku thu aku xlayak utk cintamu YA ALLAH...berulang kli aku berjnji utk xmgulangi kesilapan lalu,tp aku tetap tewas n terpedaya dgn hasutan syaitan yg Engkau laknat...ampunkan dosa aku dan berikanlah aku kekuatan utk terus berada dilandasanMu yg lurus....

Aku ade terjumpe stu lagu yg aku rse sesuai sgt dgn ape yg aku rse skrg..bla aku dgr jer setiap patah perkataan dlm  lgu ni,aku bayangkan diri aku..slalu berjanji utk berubah and selalu jgak memungkiri janji 2..utk sape2 yg terbace entry ni,dgr n hayatilah lirik lgu dari kump. Mirwana "Aku tanpa cintaMu" ni..smoga kita sma2 memperoleh hidayah-Nya..AMIN.

                                                     
WASSALAM


Wednesday 9 November 2011

MALAYSIA BOLEH!!!!

Best giler tgok bola tadi...Malaysia vs Thailand.Akhirnya dpt jugak Malaysia kutip 3 mata penuh kat stadium Bung Karno,INDONESIA.                                                  
Paling best menang dengan Thailand pulak 2,yela Thailand kn antara pasukan terkuat dlm saingan sukan sea ni..Bangga sangat dengan team bola sepak negara kita sekarang,kejayaan demi kejayaan dh dicipta,aku memang salute giler lar kat korang.
Antara kejayaan team bola sepak yg aku impress sangat-sangat:



of coz la masa menang AFF SUZUKI hari 2..gempak habis game masa tu..TERBAEKK WOKK!!!




   
pastu masa menang SEA GAME tahun 2009...jurulatih masa tu Rajagobal...love u Rajagobal!!!!




 Latest punyer masa skuad bawah 23 tahun also known as HARIMAU MUDA berjaya mara ke peringkat kumpulan kelayakan OLIMPIK..negara kita satu-satunya wakil asia tenggara tau..hebat kannnn??


SEBAB tu la aku memang support sangat-sangat team bola sepak negara kita...bola sepak negara kita sekarang ni tengah nak naik...so, support la bola sepak negara kita,kalau bukan kita,sape lagi yang nak support team bola kita???????
RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL!!!!




Last words from me,
HARIMAU MALAYA BOLEH!!
HARIMAU MUDA BOLEH!!
MALAYSIA BOLEH!!!